09 August 2012

Ganti Kusyen Kereta


Masa gie GM Klang ari tue aku ada beli sarung kusyen baru untuk kereta aku. Aku beli sebab harga sarung kusyen tue memang murah dan aku rasa interior kereta aku nie perlu diberi sentuhan yang baru. Ingat rumah jer ker boleh ganti sarung kusyen baru untuk hari raya, kereta aku pun nak jugak beraya hehehe... 


Nie memang standard design ruang dalaman untuk Proton Wira 1.6 XLi Sedan. Semuanya serba serbi warna coklat nasib baik owner dia tak berapa nak coklat hahaha... Kereta aku nie kereta lama model tahun 1995 lagi, nak buat macam mana kuli macam aku nie tue jer yang mampu pakai. Apa pun Alhamdulillah syukur sangat, at least ada gak kereta untuk kegunaan harian dan takde ler kena hujan panas...


Kay berbalik pada cerita aku tukar sarung kusyen baru nie. Untuk proses menukar sarung kusyen nie banyak part yang kita kena bukak. Habis aku tanggalkan part2 mana yang patut dekat seat kereta aku tue. Mula2 aku tanggalkan seat yang belakang dulu sebab banyak part. Macam kereta aku nie dia ada arm rest kat tengah2 seat belakang nie lepas tue seat tue boleh lipat dari sebelah kiri atau kanan. Tue yang kena bukak dulu sebelah belakang nie...


Lepas tue baru aku bukak seat yang bahagian depan sebab tak banyak part. Cuma tang nak pasang balik skru2 kat seat tue ada lama sikit sebab nak kena adjust betul2 supaya tak lari railing dia...


Aku tak sure dari segi teori sarung yang lama kena bukak ker tak tapi kalau kena bukak leceh jugaklah. So memandangkan masa yang suntuk, aku ngan adik aku dak Remy mengambil keputusan yang drastik untuk menyarungkan terus sarung kusyen yang baru tue kepada sarung kusyen yang lama. So jadilah dia tebal sikit dan sedap ler sikit nak duduk yer tak hihihi... padahal malas yang amat hahaha....


Pendek cerita cara nak tukar sarung kusyen kereta nie sebenarnya senang jer. Mula2 kita kena tanggalkan seat tue dulu dan bawa keluar. Macam contoh, yang nie seat sebelah belakang tempat biasa duduk tue. Bila dah bawa keluar seat nie baru aku boleh nampak macam2 benda dan raksasa Gorgon yang ada kat bawah seat tue hahaha...


Ambik sarung yang baru beli tue dan just sarung macam biasa. Masa beli sarung kusyen nie kita akan dibekalkan dengan cangkuk2 kecik yang banyak macam nie. Kat hujung2 sarung kusyen tue pulak nanti ada banyak getah putih macam dalam gambar tue...


Lepas tue kita kena tarik getah putih dan masukkan kat cangkuk2 kecik tue lepas tue kita sambungkan pulak dengan getah2 yang lain. Yang nie kena guna kreativiti masing2, cangkuklah tang mana pun korang nak buat asalkan sarung seat yang baru tue nanti jadi tegang-setegangnya...


Hasil selepas ditarik dengan setegang yang mungkin...


Yang nie contoh seat sebelah depan tempat untuk duduk. Kalau tempat yang sandar tue cara nak sarungkan kusyen dia senang jer sebab dia takde guna cangkuk2 semua tue. Just sarung, tarik ketat2 lepas tue lekatkan hujung dia dengan pelekat zrekkk zrekkk yang memang dah ada siap kat hujung sarung kusyen tue. Alah, pelekat yang macam ada kat kasut sekolah tue...


Sama jugak macam tadi, teknik cangkuk-mencangkuk harus digunakan untuk seat yang sebelah depan...


Hasilnya setelah ditarik sama macam tadi. Kita kena tarik kuat2 dan setegang-tegangnya sarung kusyen yang baru nie sebab kalau kita duduk nanti sarung kesyen yang baru boleh menganjal dengan baik dan tak cepat jadi longgar...


Setelah bertungkus-lumus akhirnya dapat jugak kita orang pasang kesemua sarung kusyen yang baru tue dengan jayanya hihihi... Yang nie pandangan depan sebelah driver...


Yang nie pulak pandangan sebelah belakang. Amacam okay tak korang rasa, bolehlah kan. Apa pun sarung kusyen kereta yang aku baru pasang nie bila duduk rasa memang sedap, lembut jer dan boleh tahan jugak sejuknya. Cuma tak tahu ler mana lama boleh tahan seat nie. Kalau air tertumpah pun senang jer nak lap sebab bahan dia terdiri daripada campuran getah dan kain.


Bagi aku better pakai dari jenis yang macam nie jer yer tak, halal dan tanpa was-was hihihi... Yerlah daripada nama jer pakai seat kulit tapi belum tahu lagi sarung kulit kereta tue daripada kulit apa, kulit binatang tue ker kulit binatang nie ker kan. Sendiri mahu ingat ler brader hihihi...

13 comments:

Emme Marina said...

ok jgk. sy nak tukar tuk kete kancil. ada tak kat GM klang tu? harga dlm berapa eh? sy kat pahang ni. warna n pilihan banyak ker?

MITSUWIRA said...

Ada rasanya untuk kereta kancil. Harga dia untuk kereta Wira saya nie kalau beli tak siap pasang dalam RM200-RM300 lebih satu set complete depan belakang. Tak ingat berapa. Upah tak silap kalau pasang kat situ dia ambik dalam RM50 satu kereta. Warna ari tue untuk kereta saya nie ada 3 color Hitam, Kelabu dan Coklat/Cream. kalau tak silap lah yer cik Emme Marina...

manusia said...

tumpang tanya .
untuk charade aura ada tak ?
saya dekat kelantan .
boleh beli ?

MITSUWIRA said...

Charade Aura saya tak pasti en. manusia sebab kalau kereta proton ngan perodua memang dia ada. Pernah nampak sekali pun dia ada pasang untuk Toyota Avanza. Maybe boleh tempah tapi minta maaf2 bebanyak sbb no. tauke tue saya takde pulak...

happygirl said...

Kat GM klang tu apa nama kedai tu eh?

MITSUWIRA said...

Sorry happygirl, nama kedai sy x tahu tapi kedai dia kat tingkat atas sekali kalau tak silap. Rasanya dia jer satu2 kedai yg jual assecories kereta nie...

mangchikla said...

assalamu 'alaikum . Terjumpa blog tahun selepas google ttg kerusi kereta. sebenarnya kerusi belakang unser dah rosak. kalau saya nak beli kerusi dimana agaknya dan agak2 berapa harga, boleh tukar seat blakang sahaja ke atau ken beli semua sekali. Saya tatau apa2 sebenarny tu yg tanya. Terima kasih. wassalam :D

MITSUWIRA said...

Saudari mangchikla,kalau nk cr seat unser sy rs bleh try cr kat kedai halfcut a.k.a kedai potong tp kondisi 2nd hand ler. Tang harga sy minta maaf sbb x tahu brp market skrg. Rasanya kalau kat kedai halfcut kita bleh jer nk beli asing2 seat tue yg penting kena pandai nego ngan tokey..

Ummi Nur said...

En Mitsuwira,pembalut kusyen utk gen2 ada tak?warna apa ye dan berapa harga?tq

MITSUWIRA said...

Ummi Nur, saya rasa semua kereta jenis Proton dan Perodua dia ada stok. Color seat biasa hitam, kelabu ngan cream. Harga sy tak tahu berapa untuk Gen 2 kena gie kedai tanya tapi harga dalam RM200-RM300 kalau tak silap...

Fardila Yahya said...

Kedai sarung seat tu kat dlm bangunan gm klang tu ke?agak2 untuk kelisa ade tak?kene tempah dulu tak?

MITSUWIRA said...

A'a dalam GM Klang tingkat atas rasanya tak ingat. Model untuk proton ngan perodua biasa dia orang ada. Kena datang kedai, kalau nasib baik stok ada masa tue boleh terus beli...

kancil Klang said...

Thanks sharing good info, mmg tgh usha kedai nak tukar seat for my kancil