11 January 2012

Repair Paip Air


Hari tue paip air bawah tanah kat rumah sewa aku nie bocor sebab kawasan laluan paip tue nampak basah jer manjang walaupun hari panas terik. Nak jadi citer ingatkan bocor dia kecik jer so aku tak tutup ler paip utama depan rumah tue setiap kali nak gie keje tapi tup tup bila dapat bil air tiba2 kena bayar RM22 hinggit huhuhu.. Comfirm paip air tue bocor besar punya sebab sebelum nie bil air rumah sewa aku nie bulan2 free jer al-maklumlah duduk bawah kerajaan Selangor yang prihatin dengan nasib rakyatnya nie hihihi...


So sebelum poket bertambah parah aku nekad untuk repair jer paip air yang bocor tue. Disebabkan malas nak korek2 tanah tue so aku planning nak buat piping baru jer gantikan paip yang dah bocor tue. Aku buat sendiri jer sebab bukan susah sangat pun, chewah. Lagi pun jiran sebelah rumah aku dah ajar dah teori2 beserta amalinya sekali macam mana nak repair paip poli nie nanti hehehe...


Antara peralatan yang diperlukan. Gergaji besi untuk kita potong paip poli tue, spanar boleh laras untuk pasang kepala paip nanti, gunting dan tape putih atau bahasa saintifiknya 'Poly Textra Fluoro Ethylene'. Playar gabung tue abaikan jer sebab tak guna pun ntah nape aku keluarkan pun aku tak tahu hahaha...  


Rumah sewa aku nie menggunakan paip poli saiz 25mm. Rege dia semeter dalam seringgit lebih jer kalau tak silap. Ari tue aku beli dalam 6 meter, sengaja beli lebih buat spare...


Nie pulak penyambung paip poli jenis 'Lurus'. Betul ker tidak nama dia aku main sebut jer hahaha... Fungsi dia nie untuk buat penyambungan dari satu paip ke paip yang lain tapi dalam situasi lurus takde belok2. Nanti aku tunjukkan...


Penyambung paip poli jenis 'L' nie aku beli dua. Satu untuk letak kepala paip dan satu lagi untuk sambung kat kepala meter paip utama tue... 


Penyambung paip poli nie pun jenis 'L' gak tapi fungsi dia untuk sambungkan paip poli ngan paip poli yang lain dalam situasi yang memerlukan pembelokan 90 darjah gitu. Kalau tak faham nanti tengok jer gambar yer... 


Nie pulak penyambung paip poli jenis 'T'. Fungsi dia untuk menyambungkan satu paip poli ngan paip poli yang lain yang melibatkan penyimpangan arah tuju air yang berbeza. Kira berbeza pendapatlah nie hahaha...


Untuk potong paip poli mengikut panjang yang dikehendaki sebenarnya ada gunting khas dia tapi aku guna gergaji besi jer sebab benda dah ada. Cuma kalau guna gergaji besi untuk potong paip poli nie korang kena mempunyai kesabaran dan kadar metabolisme yang tinggi hahaha... sebabnya bercinta gak ler nak potong benda alah paip poli tue kalau guna gergaji besi nie...


Kalau kita buka penyambung2 paip poli nie dalam dia nanti mesti ada item2 macam gambar kat atas. Explanation nya lebih kurang macam nie:

A : Tempat untuk kita masukkan paip poli tue.
B : Paip poli yang dah dimasukkan. Biasanya masukkan dalam jarak 2 inchi+- macam tue.
C : Benda putih nie akan meng'grip' pangkal paip poli di item 'A'.
D : Benda hitam nie pulak akan meng'grip' hujung paip poli di item 'F'.
E : Gelang getah nie untuk mengetatkan lagi sambungan supaya tak bergerak2 dan memastikan sambungan tak bocor.
F : Last sekali pasangkan semua item 'A-E' rapat2 lepas tue masukkan ke dalam item 'F'. Masa masuk tue korang boleh rasa kemampatannya. Kalau item 'A' tue boleh di'skru'kan balik dengan item 'F' maknanya dah ngamlah tue...


Nie sambungan untuk kepala paip dan akan diletakkan secara berdiri dimana penyambung jenis 'L' tue akan berada di bawah dan penyambung kepala paip tue duduk kat atas... 


Nie pulak contoh sambungan yang belum siap dekat penyambung jenis 'T'...


Sambungan yang panjang nie kedudukan dia dari tapak kepala paip asal ke sambungan yang akan diambil dari kepala meter menggantikan paip asal yang dah bocor tue. Takpe nanti tengok gambar yang dah siap baru nampak macam mana...


Gambar setelah diletakkan di tapak asal kepala paip tue. Alah biasanya kepala paip nie ada kat depan rumah yang biasa kita sambung getah guna untuk basuh kereta atau siram pokok bunga tue...


Nie untuk sambungkan kepala paip...


Paip poli tue kan jenis lembut sikit so aku ikat siap2 kat batang paip yang lama...


Nie kedudukan penyambung paip jenis 'L' tadi...


Nak jadi citer masa nak masukkan kepala paip yang lama kat dalam penyambung kepala paip tue tiba2 boleh patah pulak kepala paip yang lama tue. Korang tengoklah kepala penyambung paip yang plastik tue tak patah tapi benda yang besi pulak boleh patah. Kadang2 tangan aku jadi macam tue, ada benda2 besi yang aku pegang boleh patah sejak aku tertelan bonet besi kereta mainan masa kecik2 dulu. Ntahlah nak jadi Iron Man kot hahaha...


So terpaksalah aku beli kepala paip yang baru huhuhu...


Penyambung kepala paip nie pun aku kena beli baru sebab besi kepala paip yang patah tadi tue tak boleh nak keluar lagi lepas ulir bunga dia dah rosak... 


Telah dipasangkan dengan jayanya hihihi...


Paip yang nie pun dah bocor lama dah tapi aku balut ngan soletep wayar tue jer untuk sementara waktu. Alang2 nak tukar paip nie so aku buatlah paip yang bocor nie sekali. Dalam bulatan merah yang bertanda tue adalah lubang kebocoran...


Nanti aku akan gantikan penyambung paip poli jenis 'Lurus' nie gantikan tempat yang bocor tue...


So aku akan gergaji paip poli nie dan buang bahagian yang dah bocor tadi... 


Nie lah bahagian yang dah digergaji dan akan dipaksa sara kan dengan mendapat gaji tetap dan berpencen hehehe...


Hasil penyambungan, cara2 menyambungnya sama jer dengan yang lain2 tadi...


Yang nie penyambung untuk kepala meter utama kat depan rumah tue. Sebelum nie dia direct lalu kat bawah tanah so lepas nie aku short cut kan laluan dia guna laluan yang baru dan direct ke paip2 yang menghala ke dalam rumah. Paip poli nie sebenarnya tak payah balut tape putih nie pun takpe tapi aku balut gak just untuk back up dan double comfirm supaya takde kebocoran dicelah2 sambungan...


Nie gambar sambungan jenis 'T' yang dah siap. Kira laluan baru lah nie. Air akan datang dari paip kepala meter tue lepas tue ke kiri untuk ke kepala paip air yang biasa kita guna depan rumah tue dan satu lagi air akan terus menghala direct ke dalam rumah...


Nie lah gambar penuh laluan baru paip air depan rumah sewa aku nie menggantikan laluan lama yang dah bocor tue... 



Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga projek SYABAS aku nie hehehe.. Sekurang2nya dapat gak aku satu kemahiran baru then dapat jugaklah berjimat-cermat sebab kos untuk buat semua nie tak sampai 40 hinggit pun. Kalau panggil plumber agaknya berapa ler aku kena charge yer tak, tapi kalau korang nak panggil aku jadi plumber pun boleh jer harga kawan2 hahaha... Taklah aku gurau jer sebab aku nie bukan tukang paip yang bertauliah pun nak buat part time repair2 paip nie hihihi.. Kaylah, apa2 pun seronok sebenarnya buat benda2 D.I.Y (Do It Yourself) nie cuma kena ada cara jer yer...

4 comments:

AnaLyana said...

hahahaha, lawak2.. macam dah entry tutorial nak pasang paip..

ape2pun syabas sebab berjaya buat...:)

cikputeh said...

assalam saudara,
sy nak tanya,cam mn nk sambung kepala paip y patah ek? paip 2 xada btg,dia terus bsambung kt dinding simen,sy cuba guna gam cap gajah & uhu...tp still xdpt...hehe,tension je..

tq:)

Mitsuwira said...

cik puteh, rasanya kena keluarkan sisa2 paip yg dah patah tue kat dalam tue tapi agak mustahillah nk buat hihi.. dlm kes mcm nie kena panggil plumber sbb dia akan pecahkan dinding dan tukar terus kepala paip yg baru...

MuhdDaniel said...

macam mana nk pasang benda H 5 dalam kepala paip air dekat sink