Cuti baru2 nie aku tak ke mana pun just beristeri & rehat jer kat rumah. Cuma Ahad malam Isnin jer aku sefamily keluar gie makan2 kat Alissara, Puchong . Sebenarnya dah lama tak makan kat sana then kena pulak ada orang tiba2 mengidam nak makan kat sana so ngamlah planning tue..
Sebelum tue aku roger2 dulu adik aku yang duduk kat Seri Kembangan tue ajak dia orang makan sekali. Dia orang on jer then adik aku yang sorang lagi tue pun cuti takde flight ari tue so beramai2lah kita orang gerak gie makan kat sana..
Restoran Alissara nie letak dia kat Puchong Perdana. Kalau kita dari Putrajaya ambik Highway LDP. Lepas tol jalan terus sampai jumpa susur masuk ke Puchong Perdana. Masuk susur kiri tue jer jalan terus sampai jumpa round about. Then ambik pukul tiga. Jalan sikit sampai jumpa kawasan rumah kedai hahhh kat situlah Restoran Alissara nie. Kedai dia hujung sekali sebelah kanan. Saja bagi guide jalan ke situ kot2 manalah tahu tiba2 korang teringin nak makan kat situ ker nanti hihihi.. Kalau tak nak sudah hahaha..
Cantiklah lampu nie siapa tahu kat mana ada jual ekkk..
Pukul 8 p.m lebih, orang pun dah mula ramai datang makan kat sini masa tue..
Masa nie pun meja ada banyak yang kosong lagi tapi dalam pukul 9 p.m lebih jer dah penuh dah meja2 kat situ. Maybe sebab cuti panjang so ramailah orang yang saja2 keluar jalan2 cari makan macam kita orang nie agaknya hihihi..
Pakar order tengah menjalankan tugas rasminya hikhikhik.. Jangan marah Dayang, gurau jer..
Siapa pulak mamat dua orang yang tengah control hensem nie, macam hensem jer hahaha..
Aku order air fresh orange jer malam tue, nak order air yang pelik2 takde pulak hihihi..
Wife aku pulak siang tadi tengok orang minum air belimbing kat JJCM TV3 macam best jer malam terus order hehehe.. Kuat betul pengaruh JJCM nie kan..
Pembuka selera or pencuci mulut. Dalam dia tue dadih then ada nata de cococ sikit, ubi keledek sikit lepas tue rasa dia macam ada rasa Nescafe sikit..
Bagi aku Ayam Gulai Hijau nie memang layan dan tak pedas sangat okaylah..
Sup ayam kat sini rasa dia SEGERRRR!!!’ bak kata orang Jawa hehehe...
Menu sayur favourite kta orang ‘Kailan Ikan Masin’..
Telur dadar order dua helai jer malam tue. Cukuplah untuk kita2 orang jer yang makan..
Ulam2an dan sambal belacan..
Sotong goreng bertepung. Budak2 sukalah kalau goreng2 bertepung macam nie..
Hah, nie ler killer menu yang buat kita orang sanggup gie makan kat sini nie, ‘Ikan Keli Masak Kampung’ ker apa namanya lebih kurang gitulah. Sebenarnya aku tak berapa gheti sangat makan ikan2 keli or sembilang nie tapi bila makan kat sini tiba2 jadi gheti pulak hehehe.. Ikan keli dia memang best cuma kuah dia agak pedas bagi aku. Tapi ntahlah pedas sangat ker tak tengoklah pada ketahanan korang kot sebab bab pedas2 nie agak subjektif kan. Sebenarnya dalam pedas2 dia tue yang buat sedap tue hihihi..
Nasi untuk 5-6 orang makan. Kaum2 lelaki jer yang tambah nasi malam tue sebab kaum2 perempuan yang lain diet2 belaka hahaha...
Nie lah budak2 zaman sekarang nie, suruh makan tak mahu tapi kalau ngadap benda2 nie boleh pulak hihihi.. Kaylah tue jer citer JJCM aku kali nie. Kalau korang nak rasa kelainan bolehlah makan kat sini, rasa dia memang puas hati cuma harga dia ada mahal sikitlah. Ntahlah dulu masa restoran nie kat tempat lama murah sikit harga dia tapi bila pindah kat tempat baru nie ada mahal sikit maybe kos sewa yang mahal kot ntahlah. Takpelah yang penting puas hati yer tak. Alah, bukan selalu pun sekali-sekala bawa family gie JJCM apa salahnya kan..

















